Monday, 28 December 2009

kenangan indah..ustaz hafiz vs cikgu hafiz..

4 comments
assalamu'alaikum..alhmdulillah..sekarang ni hati dah gembira sikit sebab mak tersayang dah semakin sihat..perkembangan yang menggembirakan..mak dah boleh bangun berjalan ke tandas walaupun masih menggunakan tongkat dan solat di atas kerusi..sebelum ni, waktu aku tinggalkan mak, suma atasa katil jer..solat ats katil..sekarang..alhamdulillah..syukur yaALLAH..


pulang bercuti baru2 ni. banyak pengalaman yang aku dapat..xsalah nak kongsi dengan kawan2..baru seminggu samapai Malaysia, pak imam masjid dh sound..malam ni bagi tazkirah lepas magrib..huhu..berdebar la jgak..yela..sekarang ni daha bawa nama Al-Azhar..xboleh la nk main2..lagi2 nk cakap bab agama dalam masjid..bermula saat tu, boleh kata setiap kali lepas magrib dan subuh, imam akan umumkan ada kuliah..aku yg hina, kerdil, dhaif ni pn bangun la..nasib baik dah standby awl2..Kitab al-Wafi, syarah kepada Kitab Matan Arba'in Imam Nawawi Rahimahullah Ta'ala, karangan Dr Mustafa Al- Bugha dan Muhyiddin Misto jadi panduan kuliah aku..alhamdulillah..sambutan pun menggalakkan..tp awl2 kuliah pak imam tegur, jangan laju sangat, jangan masuk bab politik sangat..hehe..time ni orang dah paggil ustaz daaaaa..


dulu masa aku nak masuk sekolah menengah, dapatlah tawaran asrama penuh..dalam masa sama aku dapat tawaran sekolah agama..ayah berkeras nak hantar aku mengaji agama..ramai la orang2 jahil pertikaikan tindakan ayah..temasuklah seorang yg bergelar ustaz..ayah cuma cakap..rupa2nya ayah dah berlama bernazar nk masukan aku ke sekolah agama..terima kasih ayah..akan aku buktikan pada orang lain, apa niat ayah sebenarnya.. insyaALLAH..


8hbln 10. 2009...aku dapat panggilan dari SMK belakang rumah aku jer..tapi kena naik moto gak la..aku dapat tawaran mengajar kat SMK tersebut..subjek BM dengan Geografi..cikgu la plak..hihi..sebagai cikgu ganti kepada cikgu Noraini bte Abdul Manaf..bercuti sebab pembedahan..alhamdulillah..banyak pengalaman mengajar kat SMK.yela..sblum ni aku sekolah kat SMA..so, byk la suasana yang berbeza..murid2..cikgu2..so ble di beri jadual, aku kna mengajar pelajar tingkatan 2,3, dan 4..tp masa aku msauk ni ting. 3 tengah PMR..so aku banyak program luar pasca PMR. paling aku rapat dengan kelas 4 Muaz bin Jabar..dalam masa sama aku tetap teruskan kuliah si masjid..berlaku la satu peristiwa yang lucu..


"Us. Hafiz..mari makan sama." kata Wak Mukri yang menghadiri kuliah aku..biasanya hari khamis malam jumaat ada jamuan kat masjid tempat aku bagi kuliah tu..


"Anak saya ustaz, bagitahu ada cikgu baru mengajar dia..cikgu hafiz namanya..orang sini..anak Yusop Perabot (gelaran ayah aku..sbb dulu ayah wat perniagaan membuat perabot)"...aku sengih jer..


"Wak cakap la..ustaz tu, bukan cikgu..anak wak plak cakap cikgu bah, dia ajar saya BM...wak cakap ustaz tu..dia bagi kuliah kat masjid..kamu tu malas pergi masjid!" kata wak Mukri sambil gelak..ma'mum yang tengah makan pn gelak jer dengar celoteh wak Mukri ni..aku pn sengih kambing je la..hihi


bila kenang suma tu..gelak jer aku..2 minggu aku mengajar, diorg pn exam..alhamdulillah..semua semangat jer..lagi2 student perempuan..biasalah..cikgu muda..bergetah lagi kata orang..hihi..




(ni gambar masa aku dah balik mengajar..saja nak wat kenangan)








(ni la gambar pelajar aku tengah exam..tingkatan 4 Muaz bin Jabar)




 




(waktu ni diorang tengah blurrr jawab soalan matematik..yela..dalam Bahasa Inggeris kan)









(ha..ni plak aku snap gambar adik aku..dia malu..aku pn malu2..hehe..tapi aku x mngajar dia..just jd pengawas exam jer..)








jadilah aku seorang pendidik...pagi mengajar kat sekolah..malam mengajar kat masjid..alhamdulillah..ayah aku dapat penghargaan dari pihak masjid..aku pulak dapat penghargaan dari pihak sekolah..apapun..aku bersyukur padamu Ya ALLAH atas ilmu yang Engkau berikan kepadaku...aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan..pesan ayah..balik Mesir..mantapkan lagi ilmu yang ada..insyaALLAH...janji aku pada diriku untuk ayah dan ibu tersayang..


to be continued....


amchik
bait taubah, Mansoura City, Egypt
12:18 pagi

Thursday, 24 December 2009

13 Wasiat Rasulullah kepada Saiyidina Ali

0 comments
IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:" 




1 Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat. dijari telunjuk dan dijari tengah 

2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah . Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut. 

3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia". 

4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka. 

5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. 

6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainna sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya. 

7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari. 

8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. 

9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan. 

10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran. 


11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah. 

12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi. 

13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. 

14. Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. Insya Allah.



Monday, 14 December 2009

MOTHER..hayati rangkap ini..

1 comments

M.O.T.H.E.R...


M : Million things she gave me,

O : Only that she is growing old, as for some people, they have one and NEVER COME BACK, but always remember,

T : Tears she shed to help me,

H : Her heart for purest gold,

E : Eyes with love-light shining

R : Right and right she always be!!! The mother's heart is the child's.



wassalam...

yaALLAH..aku berserah kepadaMU...

0 comments
Assalamu'alaikum..
dh lama xbuka blog ni..maklumlah..ada rezeki dapat pulang ke Malaysia cuti musim panas baru2 ni..itu pn sebab mak tersayang sakit..sajer aku nk taip..luahan hati..moga2 lpas aku taip ni kurang sket tekanan sebak kt dada ni..

23.06.09 aku pulang ke Malaysia...sampai di KLIA, aku xdpt nk tahan kesedihan, tgk mak tersayang kurus, lemah, xbermaya..aku menangis dalam pelukan mak dan ayah..aku dh xhiraukan orang ramai di sekeliling..yg penting aku puas dapat peluk mak, ayah, dan keluargaku..


alhamdulillah..5bulan bercuti di Malaysia..ada perubahan pd bonda..macam2 perubatan..tp aku cukup terkilan dgn jwpn dari doktor pakar yg merawat mak..di sebuah hospitan terkemuka di bandar besar..selepas sebulan aku bersama mak..tanpa disedari kaki sebelah kiri mak membengkak dari pangkal peha hingga hujung kaki..puas kami bwa mak pergi berurut, tp surut skit jer..tu pn skjp..kmudian mmbgkak lg..terus kami rujuk doktor tersbut...seorg doktor pakar kanser..doktor pakar..hebat gelaran tu..tp jwpn xsepadan dgn gelaran..

"puan kena lakukan kimoterapi..sbb nk hlgkn kanser puan..sebulan lg puan dtg untk wt rawatan tersebut.."...."hbs tu doktor, kaki mak yg bgkak ni mcmna?"..."owh..kna wt kimoterapi jgk..sbb klu bg ubt pn xde kesan ape2"..


mudah..ringkas..padat..jwpn yg diberikan...seorg doktor pakar blh berkata demikian..kami adk beradik sepakat xmahu mak wt kimoterapi..ramai doktor, pegamal perubatan, xgalakan untuk wt kimo tersebut...seorg sahabat aku, doktor klinik swasta lulusan New Zealand ckp sewktu kami berborak, brtukar pndgan, cerita, pengalaman, kimoterapi ni mmg nk membunuh kanser..membunuh sel2 dlm badan..tp dalam masa sama membunuh tuan badan skali..klu kta kaji pn..xramai org yg wt rawatan kimoterapi akn tahan lama..sbb antibodi badan dah xde..tp apa pn..ajal maut di tgn DIA..


alhamdulillah..akhirnya kami di temukan jodoh..seorg doktor di Kuanatan..dia yang rawat mak..2bulan ikt jadual pemakanan ubat dari dia..akhirnya dgn izin ALLAH kaki mak surut..mak bertambah sht..dapatlah kami menyambut hari raya puasa dgn meriah..alhmdulillah..



ni la gambar mak ngn ayah tersayang masa raya puasa baru2 ni..mak ayh leh tersenyum mcm dulu..anak2 pn suma blik beraya bersama..yela..2tahun raya xdpt kumpul suma..sbb aku duk Mesir..jauh tu..



alhamdulillah..mak dah bleh bertugas kmbali sbgai suri rumah berkaliber..aku pn berselera mkn masakan mak..yela..selama aku mmbesar ni..masakan mak la yg paling aku berselera..aku pn cmfirm la tiket nk pulang ke Mesir.pd asalnya 16.11.09..tp mak kerap demam...aku pn nekad tuk tangguh tiket..akhirnya aku ambik tarikh 2.12.09...kiranya sempat la aku raya haji bersama keluarga..tp..dugaan datang lagi..smggu sblum raya haji, mak mengadu sakit kaki..jga sblah kiri..aku di KL uruskn tiket..igtkn skit biasa..tp ble adk col ckp mak mngis skit..smpai terpaksa dipapah utk berjalan,kami adk beraik ambil cuti pulang ke rumah..sgguh, mak terpaksa dipapah utk ke blik air..slpas solat msti mak mngis sbb skit ketika mndirikn slt..akhirnnya, hari raya haji mak terbaring jer ats katil..raya haji xseindah raya puasa yg lau..kami sedih tgk mak trbaring jer..raya ke2 kami suma pulang ke kampung..Negeri Sembilan...bermakna aku xkn pulang ker rmh dh..trs pulang ke Mesir..


sampai di kg..mak ters mngis sbb trlalu sakit..dari boleh dipapah..mak langsung xdpt berjalan..kaki kiri mak terlau berat..wuduk pn adk yg ambilkn..mak slt ats katil..sebak..sayu hati aku..2hari lagi aku pulang ke Mesir..berat hati..berat kaki aku nk mninggalkn mak dlm keadaan demikian..


nak xnk..aku terpksa jgk mlgkah kaki meninggalkn mak..untuk teruskn perjuangan..hanya DIA yg tau perasaan aku..mak xdpt htr aku di KLIA..aku peluk..dakap..cium mak byk kali..smpi kering air mata aku dgn mak..dlm keadaan mak terbaring di katil..aku kuatkan semangat..mujurlah kawan2 sekeliling kt sini bg semangat pd aku..terima kasih sahabat2 ku...


sampai skrg..mak masih xdpt  brjalan lg..tp ada perubahan..mak kuat smangat, gagahkan diri pg blik air mggunakan tgkat 4kaki..selama aku pulang ke mesir ni..esok abg aku nk bawak mak pg jmpa doktor yg merawat mak di kuantan..mudahan2 ada perubahn yg besar..aku harapkan mak cpt sembuh..mak dapat mnjalani khidupan spt biasa..sahabatku sekalian..doakn mak aku sembuh spt sediakala...



yaALLAH..aku berserah kepadaMU...

amchik2471
bait taubah
12:50 petang
 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template