Thursday 9 April 2009

alhamdulillah

1 comments
assalamu'alaikum..
alhmdulillah..smlm (7/4/09) ayh sy g cek kt Hospital Ampang..tp x kena tahan wad..cma 20hbln kna dtg cek lg..sy pn xtau la mcmna ayh dpt sht spnuhnya..xde pnyakit tu..yela..dari kecil ayh slalu msuk wad..seingat sy, ayh pnh nazak..msa kecil..sy tdo lena..mak kjut ckp ayh skit..sy bgn,tgk ayh duduk brzikir kt sejadah,kt ruang tamu..ada abg ngn jiran..kami duk keliling ayh..mak sruh pgang kaki ayh..sjuk sgt2..sy xtau aper..tgk jer..pas2 bwk g klinik..ambulans dtg rmh bwa ayh skali..sy tgk ayh trbaring kt dlm..ambil pakaian sbb ayh nk kna tahan kt hospital besar..tp waktu tu mak,sy dan adk2 xpg..sbb kami suma tgh exam..sekolah rendah..xsilap sy..darjah 5@6..alhmdulillah..ble duk hospital..ayh mkin sht..dlu mmg sy ni kerap la jga ayh kt hospital..igt lg,msa nk PMR,sy stud
y kt tp ayh..SPM pn cam2 gak..nurse2 la baik n..(hihihihi)sbln sblum dtg mesir pn..ayh msuk wad lg..sy jgk yg jg..sbb abg,akk kjer..adk2 lain lak duk hostel..skrg ni tgl 2 org adk kecil jer duk rmh..sorg darjah 4,sorg darjh 1..msa sy hbs kusza dlu..sblum dtg mesir..sy duk rmh jer..ada skali..ayh skit..panggil suma blik..akak,abg,adk2..suma kmpul kt rmh..ble ada suma,ayh sht walafiat..tp ble suma blik tmpt msing2,ayh nangis..skit blik..br la sy tau..anak2lh penawar kpd ibu bapa..dlm ilmu psikologi..yela kot..sy tgk apa yg sy tgk jer.. =)

harini..(8/4/09) mak kna cek kt HKL..alhmdulillah..xkna tahan jgk..sy fobia btul klu mak ayh kna than kt wad..adk 2org tu xde sapa jg..nnt sekolh pn teraba
i..doktor ckp kanser yg ada pd mak tu dh mkin kecil..alhmdulillah..tp kna cek lg..sntiasa lapor dri kt hospital..mggu dpn kna g hospital untuk pemeriksaan darah..apa pn..sy bersyukur msih ada mak ayh..n sht hndak-NYA..
ats sbb ni la thun ni ada rzeki nk blik m'sia..dh rndu sgt..dh lma x pluk,cium mak ayh.. =)
walaupn sy kt sni..tp sy tgalkn 'sesuatu' pd mak ayh..'sesuatu' ni la yg dpt kurangkn rndu mak ayh pd sy..apakah 'sesuatu' itu?wallahu'alam..
igt nk blik awl..tp kna bereskan kjer dlu..amanah sbgai Ketua Unit Sambutan dan Rehlah, Dewan Perwakilan Mahasiswalwi Mansurah perlu diselesaikan dlu..nk x nk..lpas mesyuarat agung tahunan la br blh blik..huhuhuhu...

sblum blik..kna lalui exam dlu..dh xlma ni..rsau sgt2..huhuhu..yaALLAH..berilah petunjuk dan hidayah serta ketenangn dlm mgharungi ujian-MU.. untuk berjya dunia dan akhirat..ampunkn sgala dosa-dosaku..amin ya ALLAH...

Monday 6 April 2009

apa itu falsafah?

0 comments

(Lukisan Abstrak Menunjukkan Pemikiran Yang Rumit) Falsafah ialah satu displin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga bersal daripada perkataan Yunani philo-sophia yang bermaksud “cinta-hikmah”. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas .Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba: "Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Tentang erti kata falsafah, Hasbullah Bakry (1964:56) menghuraikannya daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa, daripada sudut pengertian praktis dan daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Erti falsafah daripada sudut bahasa ialah “cinta akan hikmah atau kebijaksanaan”. Erti falsafah daripada sudut praktis pula ialah “alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat segala sesuatu”. Akhir sekali daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain, falsafah ditandai oleh dua ciri khusus, iaitu - sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya, falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan; - sementara ilmu-ilmu lain membahas sebab akibat tentang sesuatu, falsafah menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab tiga soalan, iaitu apa, dari mana, dan ke mana. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud/semesta” (B.A.G. Fuller A History of Philisophy, 1955:1) "


Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani sesudah Pythagoras ialah orang yang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus. Plato menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya; iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”.Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana falsafah memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini.


SUMBER ARTIKEL
http://www.scribd.com/doc/5378737/plato

Saturday 4 April 2009

siapa aristotle?

2 comments
Aristotle merupakan tokoh umum tetapi tetap menjadi tumpuan pengkaji falsafah. Aristotle berasal dari keluarga yang kaya. Beliau di katakan mempunyai sifat luaran iaitu berambut pendak yang di potong mengikut arus fesyen dan mempunyai kaki yang panjang. Beliau juga agak gemar bersolek dan memakai cincin di jari.Aristotle merupakan seorang guru yang memperjuangkan ilmu falsafah tetapi bukanlah seorang tokoh politik barat yang memperjuangkan ilmu falsafah seperti tokoh barat yang terkenal iaitu Socrates. Beliau menghidap penyakit lelah. Beliau juga dikatakan pemidato yang baik, syarahan-syarahan yang disampaikan beliau jelas, kata-kata yang digunakan amat bernas dan membidas kata-kata yang tajam.Aristotle dikatakan mempunyai musuh yang ramai maka dapat digambarkan bahawa beliau seorang yang sombong dan suka mengarah. Tetapi dalam karya-karya falsafah beliau tidak terdapat unsur sentimental malahan beliau amat menghargai persahabatan, kemampuan diri sendiri, menyedari hakikat kedudukan diri sendiri di dalam sebuah tradisi yang mulia dan amat berbangga dengan pencapaiannya.Disepanjang kehidupan Aristotle, beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui secara mendalam tentang kehidupan. Kebanyakan karya Aristotle membuktikan beliau menumpukan seluruh tumpuannya untuk memajukan penemuan hakikat kebenaran dan pertambahan manusia yang mempercayai tentang kebenaran sesuatu falsafah.

Aristotle pernah menulis dalam karya terawalnya,
Exhortation to Philosophy bahawa ‘mencari kebijaksanaan suatu kepuasan, semua orang berasa senang dengan falsafah dan ingin menghabiskan masa dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua yang lain.’ Beliau mengajak manusia untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita sendiri mahu. Kita tidak boleh menjalani kehidupan atas kehendak orang lain.Kebahagiaan dalam sebuah kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan kehidupan yang bahagia akan mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di maksudkan oleh Aristotle. Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati kita dan jiwa kita akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas dalam kehidupan akan mudah mengalami kemurungan.Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa beranggapan dunia ini tidak menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan warna-warni keceriaan. Aristotle tidak beranggapan dunia ini sesuatu yang membosankan kerana beliau mengkaji dunia ini. Beliau yakin bahawa dunia ini sesuatu yang menyeronokkan kerana di dalam dunia ini terkandung 1001 rahsia yang belum kita ketahui. Oleh itu, Aristotle banyak mengkaji dunia ini untuk menyingkap 1001 rahsia yang terkandung.Oleh itu lahirlah resipi kebahagiaan yang Aristotle wujudkan. Resipi beliau amat mudah kerana jika mengikut resepi beliau segala yang di fikirkan oleh manusia yang mengikut kehendak diri sendiri akan mencapai kebahagiaan. Hal ini disebabkan manusia melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka pekerjaan itu dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan yang susah juga akan menjadi senang.

Sesungguhnya, Aristotle amat bijak dalam mengkaji ilmu pengetahuan. Kebanyakkan ilmu falsafahnya mengenai kehidupan seharian manusia. Ilmu falsafah yang Aristotle kemukakan diikuti oleh anak muridnya. Aristotle turut menyampaikan ilmu falsafahnya kepada masyarakat lain tidak seperti ahli falsafah yang lebih terdahulu sepertinya yang hanya mengkaji ilmu falsafah tetapi tidak menyampaikan dan diikuti oleh masyarakat pada masa itu.Aristotle mengajar masyarakat setempatnya pada masa dahulu sama-sama berfikir sepertinya. Oleh itu, beliau akan mengajar anak muridnya yang istemewa pada waktu pagi manakala orang awam beliau akan mengajar pada waktu petang. Kaedah pengajaran beliau banyak berbentuk penyelidikan. Hal ini disebabkan, Aristotle mahu masyarakat setempatnya banyak berfikir dan menghargai kehidupan di dunia ini. Beliau mahu masyarakat mengkaji segala ilmu pengetahuan dengan mendalam dan terperinci. Mengetahui segala ilmu dalam pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan orang lain untuk mengkaji sesuatu bidang ilmu.Falsafah yang dikemukakan oleh Aristotle iaitu kebahagiaan amat disenangi oleh masyarakat. Hal ini disebabkan Aristotle mengemukakan prinsip yang mudah. Aristotle menyeru supaya manusia mengikut kehendak diri sendiri di samping perlu patuh kepada Tuhan. Memang lumrah manusia mempercayai kewujudan Tuhan. Mahu mengabdikan diri kepadanya tetapi perlu seiring dengan kehidupan di dunia. Manusia tidak perlu menumpukan hanya kepada akhirat sahaja.

Bentuk kajian Aristotle sangat jelas. Idea-idea yang dikemukakan oleh Aristotle mengenai kehidupan tradisi dalam perkembangan ilmu pengetahuan amat jelas. Setiap ilmu pengetahuan yang dikaji oleh beliau tidak hanya memandang satu sudut sahaja. Beliau mengambil kira semua aspek dan semua pandangan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa kajian mengenai hakikat tentang kehidupan sukar dihuraikan jika memandang hanya satu aspek. Oleh itu harus memandang kepada aspek lain.Beliau menyatakan bahawa hakikat mengenai kehidupan ini tidak akan ada masyarakat berasa puas hati jika mengkaji hanya satu aspek tanpa memandang aspek lain. Manusia akan terus mencari sesuatu maklumat mengenai kehidupan ini sehingga manusia itu berasa puas hati. Setiap kehidupan yang dilalui oleh manusia adalah berbeza. Oleh itu, manusia akan memberi tafsiran mengenai kehidupan mereka yang berwarna-warni itu. Beliau menasihati anak muridnya yang turut sama mengkaji supaya memerhatikan pendapat-pendapat yang benar dan juga pendapat yang palsu. Kemudian dibezakan pendapat benar dan pendapat yang palsu. Memerhati dengan mata yang tajam perbuatan yang dilakukan oleh manusia seharian. Setiap pemerhatian itu mempunyai kebenaran. Maka keinginan dapat dipenuhi. Oleh itu, jika manusia mempercayai sesuatu perkara dan perkara itu adalah sesuatu yang benar maka itulah tanda perkara yang mungkin benar dan kurangnya kepalsuan di dalam hakikat kebenaran tersebut.

Kesimpulannya, kajian Aristotle amat mengagumkan. Kajiannya benar dan jelas. Aristotle meningal dunia pada musim bunga tahun 322 S.M. Ketika itu beliau berusia 62 tahun dan berada di kemuncak kekuatan kajiannya. Setelah kematian beliau, sahabat dan juga muridnya Theophrastus mengambil alih tugasnya dan Lyceum kekal sebagai pusat pengajian Sains dan falsafah yang berjaya. Tetapi pada abad ketiga S.M sinar Aristotelianisme menjadi pudar. Mazhab-mazhab pemikiran yang lain seperti Stoik, Epicuruiah, Skeptik telah menguasai pentas falsafah dan sains berkembang berasingan daripada falsafah dan menjadi lapangan pakar. Sungguhpun begitu Aristotle tidak pernah dilupakan dan sentiasa dikenang segala usaha beliau dalam ilmu falsafah ini.


SUMBER ARTIKEL
http://www.scribd.com/doc/5389185/aristotle

siapa al-Farabi?

0 comments

AL-FARABI ARISTOTLE KEDUA
Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).
Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah,logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.

EPISTEMOLOGI AL-FARABI
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (takhayyul) dan bukti (thubut).
Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Saya menyokong pendapat Al-Farabi ini. Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka terhentilah juga otak manusia.

FALSAFAH AL-FARABI
Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ade ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya” .
Al-Farabi sependapat dengan pemikiran plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.
Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia mengawal setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan penciptanya, dan manusia dan alam semesta.

FALSAFAH POLITIK AL-FARABI
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal.
Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini ), tetapi sesudah kehdupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada kebahagian yang nisbi seperti kehormatan,kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan pendoman hidup.Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
(i) Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa- bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
(ii) Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.
Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:
(i) Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal
(ii) Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu.
Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.
Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menetang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan diantaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang saling melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara. Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul “Madinah al-Fadhilah”. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh dalam karya “Ihsa al-Ulum” dan kitab “al-Jam”.

KESIMPULAN
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.



SUMBER ARTIKEL
http://www.scribd.com/doc/5546193/al-farabi

Friday 3 April 2009

doakan mak ayah ku...

1 comments

oppsss...sjer nk mnta jasa baik sahabt2 sekalian..doakn kesihatan bonda dan ayahanda ku sht hndaknye.kt sblah ni la mak ayh aku...alhmdulillah..mak ayh sht..xtrlantar skit..cma 7hbln ni ayh kna jmpa doktor kt Hospital Ampang, sbb ayah ni ada skit dlm perut..usus luka..lbh krg cm2lh..dr aku kecik lg..slalu jer msuk wad..tp ayh sht..mkn kuat..slalu snyum..tp klu ada msa drh kuar, bdn lemah jer..huhuhu..hr2 msuk wad lg..rasa nk blik m'sia jer.. :)
tu hal ayh..bonda aku lak..mghidap kanser pgkal rahim..yg wanita2 sluruh dunia takut..tp alhmdulillah,mak aku msih dprgkat awl..sbln duk kt wad HKL, rawatan terapi..tp 8hbln ni kna cek doktor lg kt HKL..
persaan aku..hnya DIA yg tau..ujian kt aku..rasa nk blik m'sia,mak ayh msuk wad serentak..
tp aku brsyukur..sbb mak ayh aku ada lg..dn sht walafiat..klu nk bnding ngn kwn2 aku yg lain..dh xde mak ayh kn..hrpn aku..biarlh mak ayh aku dpt lihat kjyaan aku kt bumi anbiya' ..
ada rezeki..cuti thn ni aku nk blik..dh rndu kt mak ayh n adk beradik aku..kt sblh ni adk kecil aku..mohd fahmi dan mohd syafiq ikmal..slalu adk aku kcil aku tnya.."abg chik,ble nk blik??"
huhu..pas2 suh bli hadiah kt dia..beselh..ank bongsu..special la mnja dia..msa mak aku msuk wad..dia xnk g sekolah..br smggu msuk drjah satu..mak msuk wad..dak mnja..mak xde kt rmh..dia xnk g..shri sblum exam,mak dh kuar.blik rmh..
dia g sekolah ambil exam..suma risau..last2 dpt kpustn,suma mrkah dia tgig2 jer..68 % pling rndah..pling tggi 96%..hbt tul adk aku ni..alaong aku ckp.."adk klu g sekolah ni..maunyer suma 90 % keats... :) dik mal2...apa pn..tgulh abg chik blik ek..
sahabat2...doakn kshtn mak ayah aku ek...syukran ats sgalanya sahabat2 ku..

pengenalan awal..

0 comments
assalamu'alaikum...
hari siaplh blog peribadi aku..dh lma nk wt..tp xde msa..mcm la aku ni bz sgt..tp sbb mls pnyer psl..ni pn ats bantuan pamie yg wt..(http://pamiesz.blogspot.com)..semalam besday aku..kira blog ni siap smpena genap umuar aku 23thn...alhmdulillah, 23thn aku hdup ni..tbuh bdn pinjaman ALLAH Ta'ala ni msih sht..sgak berdiri..syukran YA RABB...

aku xtau nk fokus aper psl blog aku..tp mgkin lbh kpd falsafah..memndgkn aku tgh mnuntut bidang ni..lgpn,aku nk cri tman2 yg ska pd ilmu flsafah..xrmi yg ska..dlm kuliah aku kt mansurah ni pn skg..3org jer melayu..indonesia sorg..senagal sorg..yg lain arab..so..ble ada bahan dr kwn2 lain..dptlh tmbh ilmu kn..

aku slalu bka web ni (http://www.scribd.com)...assgmnt mahasiswa universiti tmpatan dimsukn kt web ni..so aku bca lah..cnth tntg aristotle..artikel pertama aku dlm blog ni. assgmnt dak UM..sbjek FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU..bgus gak assgmnt dimsukn dlm web..suma org leh bljr..lgpn aku kt sni mmg xjmpa ktab flsafah melayu..suma arab jer..huhuhu..

oklh..tuk awalnyer..tu jer kot..komputer aku pn bru jer baik..tp kgsi ngn kwn serumah..ibnu..snglh aku nk update slalu..apapn..syukran pamiez...
 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template