Sunday 7 March 2010

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA.. KE MANA KITA??

0 comments
(Gambar 14/2/2010 ketika memberi Tazkirah berkenaan melihat ALLAH Ta'ala setelah sampai di pucak Gunung SINAI. Kisah Nabi Musa a.s dalam al-Quran, surah al-A'raf : ayat 143) 
Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.


Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.


Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:


    - beramal semasa muda lagi     
    - bertolong-tolongan kerana Allah     
    - jauhi diri dan keluarga dari zina     
    - mendidik anak kewajipan beragama     
    - mendirikan solat wajib dan sunat     
    - bertahajjud di tengah malam     
    - menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah     
    - bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap     
    - berpaut hati pada masjid     
    - sentiasa belajar hal-ehwal agama     
    - sembahyang berjemaah     
    - selalu berada di tempat pengajian agama     
    - menziarahi orang sakit     
    - mengiringi mayat hingga ke kubur     
    - mengadakan khenduri cara Islam     
    - mendamaikan pergaduhan     
    - menolong anak yatim dan miskin     
    - dan lain-lain perkara kebajikan 
   
Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:


    - tidak mengajar anak hal-hal keagamaan     
    - kaya tapi bakhil     
    - menipu     
    - mengambil arak, dadah dan yang memabukkan     
    - mengadakan majlis maksiat     
    - berzina     
    - memakan harta anak yatim     
    - meringankan sembahyang     
    - tidak mengeluarkan zakat     
    - panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat     
    - meninggalkan sembahyang     
    - durhaka kepada ibu bapa     
    - berbuat fitnah     
    - suami dayus (membebaskan isteri)     
    - ibu bapa dayus (membebaskan anak)     
    - makan harta haram     
    - berbohong dan berdusta     
    - menggunakan sihir     
    - dengki dan khianat     


Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Sekian, wallahua'alam,
Wassalam.

Thursday 4 March 2010

MOTIVASI MENINGKATKAN KUASA MENGINGAT

1 comments

MENINGKATKAN KUASA MENGINGAT

FAHAMI 
# Fahamkan apa yang anda baca 
# Rujuk buku-buku rujukan atau buku teks jika tidak faham 
# Ensiklopedia juga boleh digunakan 
# Jika masih tidak faham, tanyalah guru atau rakan-rakan anda 
# Apa-apa yang belum difahami hendaklah ditanda dengan menggunakan tanda soal (?) 

JARAKKAN MASA BELAJAR SETIAP SUBJEK 
# Jangan sekali-kali belajr 4 hingga 5 jam sehari sekadar sekali seminggu dan diikuti dengan mempelajari satu subjek lain 4 hingga 5 jam pada keesokan harinya 
# Pelajari sesuatu subjek 20 minit setiap hari dan ianya adalah lebih berkesan 

LAFAZKAN ISI PENTING DENGAN SUARA YANG KUAT 
# Setelah mempelajari sesuatu topik, tutup buku atau mata anda dan lafazkan isi-isi penting yang ada di dalam topik tersebut. Jika melibatkan penyelesaian, lafazkan jalan penyelesaian tersebut 
# Ini juga boleh dilakukan sebelum tidur tetapi dengan menggunakan suara yang rendah 

PERCAYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI 
# Fikirkan bahawa anda boleh melakukan perkara tersebut walaupun ia mungkin susah bagi anda

ULANGKAJI SELALU 
# Ulangkan apa yang telah anda pelajari dan apa yang pernah anda selesaikan sebelum ini.
# Ulangi selalu nota, ringkasan, buku teks dan buku latihan supaya anda sentiasa ingat 
# Ulangi topik yang telah dipelajari sekurang-kurangnya 3 minggu sekali 

GUNAKAN KATA KUNCI 
# Cantumkan huruf-huruf tertentu untuk menghasilkan sesuatu ungkapan yang melambangkan sesuatu seperti HOMES yang melambangkan tasik di Amerika Utara

ULANGKAJI SEMASA BERBARING SEBELUM TIDUR 
# Ingatkan semua yang telah anda pelajari 
# Tuliskan nota-nota penting dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam anda.

MASA-MASA RAHSIA.

MASA SEBELUM TIDUR 
# Teknik belajar cara bayangan, melukis rajah, menulis / menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 
# Amalkan setiap malam.

MASA TERBANGUN TENGAH MALAM 
# Teknik belajar cara bayangan, melukis rajah, menulis / menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam. 
# Amalkan setiap malam. (amalkan qiamulaill)

MASA BANGUN DARI TIDUR
# Ingatkan apa-apa yang terlupa supaya boleh diulangkaji kemudiannya. 

MASA BERCERMIN 
# Lekatkan nota penting, rajah - rajah penting pada cermin anda. 
# Ketika bercermin fikirkan isi - isi penting tadi. 
# Lihat bila terlupa. 

MASA SARAPAN PAGI 
# Baca majalah yang berbentuk ilmiah. 

MASA BERJALAN KE SEKOLAH / BERJALAN - JALAN
# Hafal sifir 

MASA MENUNGGU BAS 
# Ulangkaji kad nota, baca novel, lihat teks kecil, buku latihan poket 

MASA DI DALAM BAS 
# Ulangkaji kad nota, baca novel, lihat teks kecil, buku latihan poket 

MASA BERJALAN KE SEKOLAH
# Belajar sifir, soal jawab mental 

MASA SAMPAI AWAL KE SEKOLAH
# Ulangkaji harian 

MASA-MASA MENUNGGU KELAS BERMULA
# Ulangkaji apa yang telah dipelajari 

MASA REHAT
# Membaca majalah di perpustakaan 
# Baca novel, rencana, akhbar bahasa Inggeris 

MASA SEBELUM PULANG DARI SEKOLAH
# Buat kerja rumah 

MASA BERJALAN PULANG
# Hafal sifir 
# Ingat !!! Tempat berjalan mestilah selamat. Jika banyak kereta, tumpukan perhatian ke perjalanan anda untuk mengelakkan apa-apa yang tidak diingini 

MASA REHAT SELEPAS MAKAN TENGAH HARI
# Baca novel / rencana / akhbar / rencana Bahasa Melayu 

MASA REHAT SELEPAS MAKAN MALAM
# Baca novel / majalah / akhbar / rencana 

MASA MENONTON IKLAN TELEVISYEN
# Melukis rajah-rajah dan peta-peta yang penting 

FORMULA P - V

P - PREVIEW
# Buat tinjauan pantas 
# Baca pantas ringkasan buku 
# Baca pantas bab 
# Perhatikan tajuk-tajuk kecil 
# Dapatkan isi setiap perenggan 
# Baca pembukaan dan penutup dengan baik 
# Cuba fahami keseluruhan bab yang dibaca 
# Baca pantas setiap soalan yang ada di setiap akhir bab 
# Cuba fahami segala gambar rajah yang ada 

Q - QUESTION 
# Sambil membaca pantas anda harus menyoal diri anda tentang apa yang anda telah baca 
# Guna perkataan soal seperti bagaimana, kenapa, siapa, bila, di mana, mengapa dan apa 
# Cuba cari jawapan kepada soalan-soalan yang terlintas di dalam fikiran anda 

R1 - READ AND UNDERLINE
# Bacaan kali kedua hendaklah teliti 
# Gariskan isi-isi penting 
# Tandakan dengan pen penanda (lighter) 
# Gariskan jawapan yang terjumpa di akhir bab 
# Membaca buku secara teknikal tidak boleh tergesa-gesa 
# Gerakkan bibir supaya supaya kedengaran 
# Bagi Sains dan Matematik, setiap langkah penyelesaian harus difahami 
# Setiap isi yang ada pada setiap perenggan hendaklah ditulis di ruang kosong yang ada pada buku tersebut 
# Gunakan tanda-tanda tertentu pada isi yang dijumpai 
# Kaitkan isi-isi antara satu sama lain dengan menggunakan anak panah 
# Garis dan cari maksud sesuatu istilah yang tidak difahami 

R2 - RECITE AND WRITE
# Anda dinasihatkan untuk melafaz isi-isi dengan kuat 
# Pejamkan mata atau tutup buku anda dan lafazkan isi-isi penting
# Tidak berfaedah sekiranya anda tidak dapat menjawab kembali soalan setelah banyak membaca 
# Catatkan isi-isi penting 
# Gunakan perkataan anda sendiri dalam menulis nota 
# Setiap nota harus empunyai satu isi sahaja 

R3 - REVIEW
# Baca sekali lagi perkara yang telah dipelajari jikalau ada nota-nota yang tertinggal 
# Bacaan haruslah pantas 
# Tinjau di dalam buku-buku rujukan seperti ensiklopedia ataupun Internet 

S - SUMMARIZE
# Ringkaskan apa yang telah anda pelajari 
# Ia boleh dilakukan dengan menulis isi-isi penting pada ruangan kosong pada buku teks atau buku rujukan. Ini dipanggil nota kaki 
# Tulis sekecil yang boleh 
# Jika anda mengulangkaji ia akan menjimatkan masa anda kerana anda hanya membaca ringkasan daripada bab itu sahaja 

T - TEST
# Jawab contoh-contoh soalan yang mempunyai standard peperiksaan 
# Jawab secara pantas tanpa merujuk kepada langkah penyelesaian yang disediakan 
# Cari soalan-soalan tahun lepas yang berkaitan dengan bab yang anda baca dan cuba jawab 
# Beberapa hari kemudian cuba semula latihan berkenaan untuk mengulangkaji 
# Bagi soalan-soalan yang sukar tuliskan pada kertas A4 yang dibahagi kepada 3 ruangan supaya boleh diulangkaji selalu 
# Buat semula soalan berkenaan selang beberapa minggu selepas itu berulangkali 

U - USE
# Gunakan pengetahuan yang anda pelajari dalam kehidupan seharian 
# Ini boleh meningkatkan kuasa mengingat anda 

V - VISUALISE
# Bayangkan apa yang telah anda pelajari di dalam fikiran anda 
# Lukiskan gambar rajah dengan menggunakan jari telunjuk anda pada tilam atau di mana sahaja 
# Ini akan melatih jari telunjuk anda kerana ia memainkan peranan yang penting semasa menjawab soalan kelak.

TEKNIK PEMBELAJARAN MATEMATIK

Recopy 
# Salin dengan menggunakan tulisan yang terang. 
# Kaitkan antara satu sama lain dengan menggunakan pensel dan anak panah 
# Tandakan (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami 
# Bincangkan dengan guru atau rakan 

Rework
# Buat latihan tersebuat berulang-ulang kali sehingga mahir. 
# Buat secara pantas tetapi pastikan jawapannya betul. 
# Cuba catat masa terpantas bagi setiap ulangan 

Recite
# Lafazkan dengan kuat apa yang dipelajari 
# Lafazkan juga formula-formula. 
# Amalkan ketika berbaring atau di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai 

Recheck
# Semak semua langkah penyelesaian supaya tiada yang tersilap 

Reasonableness
# Pastikan jawapan adalah logik. 
# Jangan harapkan buku teks sahaja 
# Gunakan sepenuhnya buku rujukan yang dibeli 
# Tandakan semua perkara yang penting di dalam kedua-dua buah buku. 



PASTIKAN ANDA FAHAM MASA-MASA RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

WALLAHUA'LAM... 

Monday 1 March 2010

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

0 comments

(kenangan kali ke-5 menawan puncak Thur Sina - tempat nabi Musa as bermunajat kepada ALLAH Ta'ala) -14 FEB 2010-


Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s dalam alwaah10 bab:

· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.

· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.

· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.

· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.

· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.

· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.

· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."
 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template