Wednesday, 27 May 2009

Kalam Akhir Kepimpinan

1 comments

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dialah yg maha Pemurah dan maha Penyayang, yang menguasai hari pembalasan.
Selawat dan salam ke atas imam para muttaqiin dan pemimpin para mujahidin, Saidina Muhammad Nabi SAW yang amanah, juga ke atas para isteri-isteri baginda, anak-anak baginda, sahabat-sahabat baginda, yang telah menyucikan jiwa lalu mereka berjaya, yang memberikan nasihat kepada saudara-saudara lalu mereka mendapat manfaat.
Wahai Tuhan kami, muliakanlah kami dengan kemuliaan mereka, berikanlah taufiq dan hidayah kepada kami dengan taufiq dan hidayah yang Engkau berikan kepada mereka, dan jadikan kami orang yang mengikuti mereka serta himpunkanlah kami bersama mereka di bawah bendera penghulu kami Sayyidina Muhammad SAW. Sesugguhnya Engkaulah yang paling Pemurah dan Engkaulah sebaik-baik tempat mengharap.

Sahabatku pemuda dan pemudi yang diberkati Allah selalu,
Sesungguhnya semenjak terpancarnya fajar Islam, kita telah diuji dengan pelbagai permusuhan yang sememangnya tidak menginginkan kebenaran. Pada hari ini, generasi kita berhadapan dengan gelombang Atheis (kehidupan tanpa kewujudan Tuhan), sekular (kehidupan mengikut akal manusia), globalisasi (dunia tanpa sempadan), liberal (tidak membezakan agama dan kehidupan) dan ideologi-ideologi yang mengharuskan segala sesuatu, yang diserapkan kepada kita dari timur dan juga barat bertujuan menyesatkan golongan muda-mudi, merosakkan generasi serta menakutkan kita terhadap masa depan pemikiran akidah yang kita miliki, dengan ancaman bahawa ia akan menuju kegelapan yang mencengkam.

Dalam suasana gelombang ini, kita tidak mungkin mampu melawan pertembungan pemikiran tanpa kita bepegang dengan tali Allah yang sememangnya kukuh dan juga tanpa terlalu mementingkan perbezaan (khilaf) di dalam perkara-perkara kecil yang merupakan ijtihad serta hendaklah kita mengikat hati dengan Allah Ta'ala yang mana bertujuan untuk memperolehi kekuatan, ketenangan, kehebatan, serta kemuliaan daripaNYA. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan bahawa inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.
Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa".
(Al-An'aam: 153).

Sahabatku pemuda dan pemudi yang dirahmati Allah sekalian,
Sesungguhnya kita selaku umat yang beriman dengan Islam dituntut untuk beramal dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW dan berusaha untuk merealisasikan matlamat-matlamatnya di alam nyata. Untuk merealisasikannya, maka kita mestilah memiliki kefahaman Islam yang jelas. Kita juga mestilah memiliki niat yang ikhlas sehingga amal kita itu diterima di sisi Allah Ta’ala. Umat Islam mestilah memiliki kesatuan dan jamaah untuk berkuasa merealisasikan matlamat Islam di alam ini dengan bentuk yang paling baik. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

"Mereka yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepadaNya dan tidak merasa takut kepada seorangpun yang lain dari Allah, dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan".
(Surah Al-Ahzab: ayat: 39 )

Kesatuan adalah amat penting dalam Islam untuk mencapai matlamat sebenar. Pembentukan ummah, pendidikan bangsa, pencapaian cita-cita dan pendokongan prinsip amat diperlukan keseluruhan umat yang mana tidak dapat tidak mestilah mempunyai aspek-aspek yang penting, antaranya :
* Kekuatan jiwa yang besar yang dijelmakan di dalam keinginan yang kuat, dan tidak diresapi oleh sebarang kelemahan.
* Kesetiaan yang tetap berkekalan, tidak dijangkiti oleh sebarang warna atau tipudaya.
* Pengorbanan suci yang tidak dapat dihalang oleh sifat tamak dan bakhil.
* Mengetahui prinsip, beriman dengannya dan dapat menilai kedudukannya sehingga dapat mengawal dari sebarang kesalahan, penyelewengan atau tertipu oleh perkara lain.
(Majmu'ah Rasaail - Ke arah mana kita menyeru manusia: 45)

Sesungguhnya amalan Islam ini sentiasa berhajat kepada titik permulaan yang selamat, sekalipun jalannya panjang tetapi ia akan sentiasa berkembang subur. Asy-Syahid Iman Hassan Al-Banna telah memilih asas pembinaan yang bermula dari pembinaan individu, keluarga dan masyarakat muslim yang tidak syak lagi akan membuahkan sebuah negara Islamik. Di antara tanda permulaan yang baik ialah tidak mengalpakan pengambilan sepenuhnya terhadap sebab hakiki. Kemudian bertawakkal kepada pencipta sebab (Allah) pada setiap perkara, sebelum dan selepasnya. Firman Allah Ta’ala bermaksud :

"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam".
(At-Taubah: 109)

Ahli Sufi mengatakan : "Jadikanlah amalanmu itu seperti garam dan adabmu seperti gandum".

Sahabatku pemuda dan pemudi yang diredhai Allah hendakNya,
Hidup bermasyarakat adalah antara faktor penting perkembangan dakwah islamiah. Perpecahan umat islam masa kini melemahkan dakwah islamiah akhir zaman yang mana adalah dari kesilapan kita sendiri yang tidak mengamalkan apa yang telah disyariatkan kepada kita. Islam mewajibkan ke atas kita bermuamalat sesama insan dalam kehidupan bermasyarakat untuk mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Maksud firman Allah Ta’ala :

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sungguh, Allah maha Mengetahui, maha Teliti ".
(Al-Hujurat: 13)

Menurut Islam setiap manusia ada peranannya dan setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada paksaan dan tanpa ada pertembungan mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah seperti mengenal batas diri dan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, menghormati orang-orang tua ataupun orang yang berpengalaman, dan menerima apa jua kebenaran yang ada walaupun dari mana, selagimana tidak lari dari landasan Islam sebenar. Dengan ini dapatlah kita melakukan perubahan yang di anjurkan Islam selari dengan tuntutan ideologi kini yang telah banyak dikuasai oleh barat meresapi jiwa dan kehidupan seharian kita.

Ahli Falsafah Yunani Aristotle pernah menulis dalam karya terawalnya, Exhortation to Philosophy bahawa ‘mencari kebijaksanaan suatu kepuasan, semua orang berasa senang dengan falsafah dan ingin menghabiskan masa dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua yang lain.’ Beliau mengajak manusia untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita sendiri mahu. Kita tidak boleh menjalani kehidupan atas kehendak orang lain. Kebahagiaan dalam sebuah kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan kehidupan yang bahagia akan mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di maksudkan oleh Aristotle. Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati kita dan jiwa kita akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas dalam kehidupan akan mudah mengalami kemurungan. Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa beranggapan dunia ini tidak menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan warna-warni keceriaan. Hal ini disebabkan manusia melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka pekerjaan itu dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan yang susah juga akan menjadi senang. Namun, semuanya perlulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, kehidupan Rasulullah SAW dan kehidupan sahabat-sahabat baginda SAW. Seperti mana kaedah Fiqh yang bermaksud : “Matlamat tidak menghalalkan cara”.

Sahabatku pemuda dan pemudi yang dilindungi Allah sekalian,
Islam menekankan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Kita sering kali alpa dengan kehidupan kini yang tergelincir dari panduan Islam sebenar. Cuba kita muhasabah diri kita, adakah kehidupan seharian kita benar-benar berpandukan ajaran Islam sebenar? Selaku kepimpinan, saya fokuskan kepada kehidupan kita dalam kesatuan dan sosiologi (masyarakat) selaku kita mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di bumi yang penuh keberkatan ini. Bagaimana hubungan kita antara satu sama lain? Kita adalah golongan pendakwah yang menegakkan syiar Islam akhir zaman. Tapi sebenarnya kita sendiri tidak beramal dengan keindahan Islam sendiri. Saya berpegang dengan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah maha Penerima Taubat, maha Penyayang”
(Al-Hujurat : 12)

Jelaslah tiga larangan Allah Ta’ala dalam ayat ini adalah untuk kita membina kehidupan bermasyarakat yang aman, bahagia, dan sejahtera. Kita dijadikan adalah sebagai khalifah di muka bumi ini, tidak dapat lari dari kepimpinan. Baik pada diri, keluarga, agama, dan masyarakat. Apabila kita mengaku kita seorang Islam, jadi kita tidak dapat lari dari perintah menyuruh kepada kemakrufan, dan mencegah kepada kemungkaran.
Ulama tasawuf juga mengatakan : " Janganlah kamu melihat kepada keaiban kecuali kamu meyakini ianya ada pada dirimu, keaiban itu jelas lagi nyata, akan tetapi ianya tersembunyi"

Saya selaku kepimpinan Dewan Mahasiswa/wi Mansurah 08/09 mengharapkan kehidupan yang bahagia, sejahtera, aman, dan harmoni antara kita. Konsep belajar dan mengajar antara satu sama lain adalah jati diri saya dalam kehidupan. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Katakanlah, apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran”
(Az-Zumar : 9)

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan At-Tarmizi yg bermaksud :
"Ketua sesuatu kaum ialah orang yg berkhidmat untuk kaum mereka"

Di kesempatan ini, saya memohon maaf di atas kekurangan diri saya sepanjang berada dalam kepimpinan kepada semua insan yang berasa disekeliling saya. Harapan saya agar kita terus mendapat kerahmatan, keredhaan, keberkatan, dan perlindungan dari Allah Ta’ala hingga akhirnya di dunia dan di akhirat demi menegakkan kehidupan Islam sebenar. Sama-samalah kita bersatu dalam kesatuan yang dasar dan perlaksanaannya berpandukan garis panduan Islam sebenar demi memartabatkan Islam dipersada dunia akhir zaman.

Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, dan kepada Engkaulah kami bertaubat dan kepada Engkaulah kami kembali, ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir, dan ampunilah kami ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah maha Perkasa dan maha Bijaksana.
(Al-Mumtahanah :4,5)



Sekian dari saya.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hamba yang fakir kepada Allah yang maha Kaya,
Abdul Hafiz bin Yusop
Ketua Unit Sambutan dan Rehlah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 08/09.
Universiti Al-Azhar Asy-Syariff, Mansurah.


Friday, 22 May 2009

aku terima ujian MU ya ALLAH..

2 comments
assalamu'alaikum...
dh lama x buka blog..sibuk nk habiskn kitab2 exam yg ada..biasalah..nk exam br kelam kabut..
semalam..selesai menjawab paper tasawuf..(alhmdulilah), sy col mak..sbb sy col tel rumah,adk ckp mak ayh pg HKL wt pemeriksaan slnjutnya..berkenaan kanser yg mak hadapi..mula sembg ngn adk,dh puas bergurau,ckp ngn ayh plak..macam2 nasihat, gurauan ngn ayh..ayh ckp, nk blik thn ni, 'modal' dh ada ke blum? sy plak pending..igtkn duit untuk flight..rupa2nya mksud ayh ilmu nk disampaikn pd org2 kg..huhu..cmfirm..masjid dpan rmh mnunggu hamba ALLAH yg dhaif ni pulang..jd imam solat,baca kuthbah jumaat,tazkirah..perkara lazim dh..takut jgk nk hadapi dunia skrg..soalan2 org2 kg pn dh mkin mencabar..hhuhu..yaALLAH..permudahkn sgala urusanku..

dh hbs bercakap dgn ayh..servis bertukar tgn..pd mak plak..suma tgh berehat sbb baru blik dr HKL..mak tnya psl exam..kshtn..cite psl fmily.mcm2lh..sbb mak xpnh sunyi ble brcakap.ada jer modal kami anak beranak..last part..sy tnya tntg kputusan doktor dr HKL..ble mak bgthu..sy rasa sebak sgt..kosong..wajah mak trbayang2..sy tahan air mata ckp dgn mak..mak ckp..kanser mak dh merebak ke hati dan jantung..dh tahap 4..sblum ni mak baru tahap 1. masa tu abg ckp klu dh smpi 4,5,6, tahap bahaya..so,skrg ni mak dh tahap bahaya la??yaALLAH..ujianMU pd diriku..pd keluargaku..dlm keadaan buntu,sy pertikaikan, knp merebak jgk sdgkn sbulan lebih mak wt rawatan kt HKL..tp sy lupa..suma tu ketentuan DIA..kte mampu merancang, dia penentu sgalanya..yaALLAH..ampuni dosaku, dosa kedua ibu bapaku..dosa ahli keluargaku..

exam fasa satu dlu..mak ngn ayah masuk wad serentak..alhmdulillah..sy lalui dgn tabah..tiap2 hari col mak kt hospital..exam fasa dua ni plak..dpt berita ni..berat..mmg berat..tp bile muhasabah kmbali..terigt ayt dr surah al-Baqarah yg kte selalu baca lepas solat, DIA tidak memberatkan sesuatu yg hambanya tidak dpt tanggung..sedikit sbyk dpt tenangkn hati ngn perasan..kwn2 pn ada..byk bg kata2 smgat..syukran jazilan sahabt2 skalian..smga ALLAH merahmati dn meredhoi jasa kalian..

nampaknya..keputusan sy nk blik cuti thun ni makin kuat..dn mgkin di awalkn..aslnya nk blik lpas trun jawatan,tp kepala sy nk nmpk mak jer..xlma lg mak akn wt rawatan kt HKL..nsb baiklh ayh bekas tentera...so,suma perbelanjaan di tanggung kerajaan..apa pn..baki lg 4 paper ni,sy kna hbskn jgk..

yaALLAH..aku terima ujianMU seadanya..berilah kekuatan dn ketabahan kepadaku mghadapi ujianMU..kuatkanlh smgat ibuku..menerima ujianMU..smbuhknlah penyakit ibu dan ayahku..
amin yaALLAH...

M.O.T.H.E.R...

M : Million things she gave me,

O : Only that she is growing old, as for some people, they have one and NEVER COME BACK, but always remember,

T : Tears she shed to help me,

H : Her heart for purest gold,

E : Eyes with love-light shining

R : Right and right she always be!!! The mother's heart is the child's.

wassalam...

Doa Nabi-Nabi ALLAH

0 comments
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

Selamat beramal....

Thursday, 9 April 2009

alhamdulillah

1 comments
assalamu'alaikum..
alhmdulillah..smlm (7/4/09) ayh sy g cek kt Hospital Ampang..tp x kena tahan wad..cma 20hbln kna dtg cek lg..sy pn xtau la mcmna ayh dpt sht spnuhnya..xde pnyakit tu..yela..dari kecil ayh slalu msuk wad..seingat sy, ayh pnh nazak..msa kecil..sy tdo lena..mak kjut ckp ayh skit..sy bgn,tgk ayh duduk brzikir kt sejadah,kt ruang tamu..ada abg ngn jiran..kami duk keliling ayh..mak sruh pgang kaki ayh..sjuk sgt2..sy xtau aper..tgk jer..pas2 bwk g klinik..ambulans dtg rmh bwa ayh skali..sy tgk ayh trbaring kt dlm..ambil pakaian sbb ayh nk kna tahan kt hospital besar..tp waktu tu mak,sy dan adk2 xpg..sbb kami suma tgh exam..sekolah rendah..xsilap sy..darjah 5@6..alhmdulillah..ble duk hospital..ayh mkin sht..dlu mmg sy ni kerap la jga ayh kt hospital..igt lg,msa nk PMR,sy stud
y kt tp ayh..SPM pn cam2 gak..nurse2 la baik n..(hihihihi)sbln sblum dtg mesir pn..ayh msuk wad lg..sy jgk yg jg..sbb abg,akk kjer..adk2 lain lak duk hostel..skrg ni tgl 2 org adk kecil jer duk rmh..sorg darjah 4,sorg darjh 1..msa sy hbs kusza dlu..sblum dtg mesir..sy duk rmh jer..ada skali..ayh skit..panggil suma blik..akak,abg,adk2..suma kmpul kt rmh..ble ada suma,ayh sht walafiat..tp ble suma blik tmpt msing2,ayh nangis..skit blik..br la sy tau..anak2lh penawar kpd ibu bapa..dlm ilmu psikologi..yela kot..sy tgk apa yg sy tgk jer.. =)

harini..(8/4/09) mak kna cek kt HKL..alhmdulillah..xkna tahan jgk..sy fobia btul klu mak ayh kna than kt wad..adk 2org tu xde sapa jg..nnt sekolh pn teraba
i..doktor ckp kanser yg ada pd mak tu dh mkin kecil..alhmdulillah..tp kna cek lg..sntiasa lapor dri kt hospital..mggu dpn kna g hospital untuk pemeriksaan darah..apa pn..sy bersyukur msih ada mak ayh..n sht hndak-NYA..
ats sbb ni la thun ni ada rzeki nk blik m'sia..dh rndu sgt..dh lma x pluk,cium mak ayh.. =)
walaupn sy kt sni..tp sy tgalkn 'sesuatu' pd mak ayh..'sesuatu' ni la yg dpt kurangkn rndu mak ayh pd sy..apakah 'sesuatu' itu?wallahu'alam..
igt nk blik awl..tp kna bereskan kjer dlu..amanah sbgai Ketua Unit Sambutan dan Rehlah, Dewan Perwakilan Mahasiswalwi Mansurah perlu diselesaikan dlu..nk x nk..lpas mesyuarat agung tahunan la br blh blik..huhuhuhu...

sblum blik..kna lalui exam dlu..dh xlma ni..rsau sgt2..huhuhu..yaALLAH..berilah petunjuk dan hidayah serta ketenangn dlm mgharungi ujian-MU.. untuk berjya dunia dan akhirat..ampunkn sgala dosa-dosaku..amin ya ALLAH...

Monday, 6 April 2009

apa itu falsafah?

0 comments

(Lukisan Abstrak Menunjukkan Pemikiran Yang Rumit) Falsafah ialah satu displin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga bersal daripada perkataan Yunani philo-sophia yang bermaksud “cinta-hikmah”. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas .Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba: "Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Tentang erti kata falsafah, Hasbullah Bakry (1964:56) menghuraikannya daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa, daripada sudut pengertian praktis dan daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Erti falsafah daripada sudut bahasa ialah “cinta akan hikmah atau kebijaksanaan”. Erti falsafah daripada sudut praktis pula ialah “alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat segala sesuatu”. Akhir sekali daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain, falsafah ditandai oleh dua ciri khusus, iaitu - sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya, falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan; - sementara ilmu-ilmu lain membahas sebab akibat tentang sesuatu, falsafah menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab tiga soalan, iaitu apa, dari mana, dan ke mana. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud/semesta” (B.A.G. Fuller A History of Philisophy, 1955:1) "


Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani sesudah Pythagoras ialah orang yang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus. Plato menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya; iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”.Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana falsafah memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini.


SUMBER ARTIKEL
http://www.scribd.com/doc/5378737/plato
 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template