Tuesday 26 January 2010

Apa Rahsia Ni'Mat Air Kurniaan ALLAH kepada Kita

0 comments
Air mempunyai byk rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian dpd alam semulajadi, ia byk digunakan dlm petua org2 tua. Sebahagian dpd petua org2 tua yg mudah & boleh dikuti oleh kita semua.

1. Amalkan byk minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt mengelakkan kita dpd perut buncit.

3. Elakkan dpd mandi malam. Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.

4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pd kulit.

5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

6. Utk menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya.Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain dpd air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg kedua.

8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum airbilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.

9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman. Dikatakan bhn organik pd air bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.

10. Utk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi & mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.

12. Utk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.

Apapun, dengan izinNYA. Firman ALLAH dalam Al-Quran Al-Karim,
"Katakanlah, semuanya daripada ALLAH"
Selamat mencuba & semoga ianya bermanfaat utk kita semua.
Wallahu'alam

Sunday 24 January 2010

Aduhai penyakit lupa..

2 comments
Alhamdulillah...selesai sudah exam untuk fasa ni..tangguh pulak untuk exam fasa 2. bulan 6 nanti...tapi masalah dulu, kini dan insyaALLAH tak selamanya ialah penyakit lupa..sebab penyakit ni la sampai tahap jem otak nak ingat..huhu..Semua penyakit, pasti ada ubat, kecuali mati...jadi, secara psikologi, bagaimana nak ubat penyakit lupa ni? paling sakit, time jawab exam..huhuhu..
Untuk menjaga kesihatan jiwa, biasakan berfikir setiap hari walau fikiran yang kecil sekalipun kerana apabila otak dibiarkan menganggur, boleh ditimpa sakit malah menjadi bingung. Tiap-tiap hari otak mesti dilatih. Jika otak malas berfikir, kita menjadi dungu.
Kebanyakan mereka yang bodoh kerana malas berfikir. Itulah mati di dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil kerana orang yang kuat berfikir akan dapat menghasilkan hikmat. Jika besar kelak dia akan menjadi garam, yang tanpanya sambal masyarakat tiada ada rasa.
Berfikir hampir dengan pengalaman. Seorang pemikir berpengalaman, boleh mengambil natijah (kesimpulan) suatu perkara dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit.
Laksana seorang yang ada keris pusaka yang tajam, sentiasa diasah dan digosok. Jika keris itu disimpan saja, tidak diasah, digosok, akan berkarat. Begitu juga fikiran manusia, seorang ahli ilmu akan sentiasa ingin menambah ilmunya kerana ilmu laksana lautan.
Manusia umpamakan rahsia dan keajaiban alam ini dengan lautan besar. Ombaknya yang memecah, membawakan mutiara yang tersimpan di dasar lautan masih banyak, hingga dunia kiamat, perbendaharaan laut itu tidak akan habis.
Berkata Hasan Basri: "Pimpin dan kendalikan jiwa dengan baik, kerana amat liarnya, dan beri ingatlah, kerana dia lekas lupa."
Walaubagaimana pun..nk hilangkan penyakit ni, ingatlah pesan Imam Malik Rahimahullah Ta'ala kepada anak muridnya Imam Shafi'e Rahimahullah Ta'ala supaya tinggalkan segala maksiat agar ilmu dan kelebihan yang ada itu tidak hilang. Imam Shafi'e mempunyai ingatan yang kuat kerana dapat mengulangi semua kata2 Imam Malik ketika di tanya selepas kelas pengajiannya.

Wahai TUHAN yang berkuasa membalik-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam ketaatan kepadaMU..amin..

Wallahu'alam
 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template