Sunday 24 January 2010

Aduhai penyakit lupa..


Alhamdulillah...selesai sudah exam untuk fasa ni..tangguh pulak untuk exam fasa 2. bulan 6 nanti...tapi masalah dulu, kini dan insyaALLAH tak selamanya ialah penyakit lupa..sebab penyakit ni la sampai tahap jem otak nak ingat..huhu..Semua penyakit, pasti ada ubat, kecuali mati...jadi, secara psikologi, bagaimana nak ubat penyakit lupa ni? paling sakit, time jawab exam..huhuhu..
Untuk menjaga kesihatan jiwa, biasakan berfikir setiap hari walau fikiran yang kecil sekalipun kerana apabila otak dibiarkan menganggur, boleh ditimpa sakit malah menjadi bingung. Tiap-tiap hari otak mesti dilatih. Jika otak malas berfikir, kita menjadi dungu.
Kebanyakan mereka yang bodoh kerana malas berfikir. Itulah mati di dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil kerana orang yang kuat berfikir akan dapat menghasilkan hikmat. Jika besar kelak dia akan menjadi garam, yang tanpanya sambal masyarakat tiada ada rasa.
Berfikir hampir dengan pengalaman. Seorang pemikir berpengalaman, boleh mengambil natijah (kesimpulan) suatu perkara dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit.
Laksana seorang yang ada keris pusaka yang tajam, sentiasa diasah dan digosok. Jika keris itu disimpan saja, tidak diasah, digosok, akan berkarat. Begitu juga fikiran manusia, seorang ahli ilmu akan sentiasa ingin menambah ilmunya kerana ilmu laksana lautan.
Manusia umpamakan rahsia dan keajaiban alam ini dengan lautan besar. Ombaknya yang memecah, membawakan mutiara yang tersimpan di dasar lautan masih banyak, hingga dunia kiamat, perbendaharaan laut itu tidak akan habis.
Berkata Hasan Basri: "Pimpin dan kendalikan jiwa dengan baik, kerana amat liarnya, dan beri ingatlah, kerana dia lekas lupa."
Walaubagaimana pun..nk hilangkan penyakit ni, ingatlah pesan Imam Malik Rahimahullah Ta'ala kepada anak muridnya Imam Shafi'e Rahimahullah Ta'ala supaya tinggalkan segala maksiat agar ilmu dan kelebihan yang ada itu tidak hilang. Imam Shafi'e mempunyai ingatan yang kuat kerana dapat mengulangi semua kata2 Imam Malik ketika di tanya selepas kelas pengajiannya.

Wahai TUHAN yang berkuasa membalik-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam ketaatan kepadaMU..amin..

Wallahu'alam

2 comments:

Shahirah on 24 January 2010 at 17:46 said...

salam..cepatnya bis exm..bkn baru start ke?

amchik2471 on 25 January 2010 at 11:50 said...

madah sket jer...beselah..ambil madah x lepas jer..

Post a Comment

 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template