Monday 6 April 2009

apa itu falsafah?



(Lukisan Abstrak Menunjukkan Pemikiran Yang Rumit) Falsafah ialah satu displin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga bersal daripada perkataan Yunani philo-sophia yang bermaksud “cinta-hikmah”. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri iaitu merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas .Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba: "Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Tentang erti kata falsafah, Hasbullah Bakry (1964:56) menghuraikannya daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa, daripada sudut pengertian praktis dan daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Erti falsafah daripada sudut bahasa ialah “cinta akan hikmah atau kebijaksanaan”. Erti falsafah daripada sudut praktis pula ialah “alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat segala sesuatu”. Akhir sekali daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain, falsafah ditandai oleh dua ciri khusus, iaitu - sementara ilmu-ilmu lain terbatas skopnya, falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang belum dipecah-pecahkan; - sementara ilmu-ilmu lain membahas sebab akibat tentang sesuatu, falsafah menyelidik hakikatnya sekali untuk menjawab tiga soalan, iaitu apa, dari mana, dan ke mana. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud/semesta” (B.A.G. Fuller A History of Philisophy, 1955:1) "


Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani sesudah Pythagoras ialah orang yang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus. Plato menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya; iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”.Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana falsafah memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini.


SUMBER ARTIKEL
http://www.scribd.com/doc/5378737/plato

0 comments:

Post a Comment

 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template