Saturday 4 April 2009

siapa aristotle?


Aristotle merupakan tokoh umum tetapi tetap menjadi tumpuan pengkaji falsafah. Aristotle berasal dari keluarga yang kaya. Beliau di katakan mempunyai sifat luaran iaitu berambut pendak yang di potong mengikut arus fesyen dan mempunyai kaki yang panjang. Beliau juga agak gemar bersolek dan memakai cincin di jari.Aristotle merupakan seorang guru yang memperjuangkan ilmu falsafah tetapi bukanlah seorang tokoh politik barat yang memperjuangkan ilmu falsafah seperti tokoh barat yang terkenal iaitu Socrates. Beliau menghidap penyakit lelah. Beliau juga dikatakan pemidato yang baik, syarahan-syarahan yang disampaikan beliau jelas, kata-kata yang digunakan amat bernas dan membidas kata-kata yang tajam.Aristotle dikatakan mempunyai musuh yang ramai maka dapat digambarkan bahawa beliau seorang yang sombong dan suka mengarah. Tetapi dalam karya-karya falsafah beliau tidak terdapat unsur sentimental malahan beliau amat menghargai persahabatan, kemampuan diri sendiri, menyedari hakikat kedudukan diri sendiri di dalam sebuah tradisi yang mulia dan amat berbangga dengan pencapaiannya.Disepanjang kehidupan Aristotle, beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui secara mendalam tentang kehidupan. Kebanyakan karya Aristotle membuktikan beliau menumpukan seluruh tumpuannya untuk memajukan penemuan hakikat kebenaran dan pertambahan manusia yang mempercayai tentang kebenaran sesuatu falsafah.

Aristotle pernah menulis dalam karya terawalnya,
Exhortation to Philosophy bahawa ‘mencari kebijaksanaan suatu kepuasan, semua orang berasa senang dengan falsafah dan ingin menghabiskan masa dengannya (falsafah) dan meninggalkan semua yang lain.’ Beliau mengajak manusia untuk menjalani kehidupan seperti mana yang kita sendiri mahu. Kita tidak boleh menjalani kehidupan atas kehendak orang lain.Kebahagiaan dalam sebuah kehidupan amat penting. Hal ini kerana dengan kehidupan yang bahagia akan mewujudkan jiwa yang tenteram. Hal inilah yang di maksudkan oleh Aristotle. Jika kita hidup mengikut kehendak orang lain nescaya hati kita dan jiwa kita akan memberontak mahukan kebebasan. Manusia yang tidak bebas dalam kehidupan akan mudah mengalami kemurungan.Manusia yang mengalami kemurungan akan sentiasa beranggapan dunia ini tidak menyeronokkan. Sedangkan dunia ini penuh dengan warna-warni keceriaan. Aristotle tidak beranggapan dunia ini sesuatu yang membosankan kerana beliau mengkaji dunia ini. Beliau yakin bahawa dunia ini sesuatu yang menyeronokkan kerana di dalam dunia ini terkandung 1001 rahsia yang belum kita ketahui. Oleh itu, Aristotle banyak mengkaji dunia ini untuk menyingkap 1001 rahsia yang terkandung.Oleh itu lahirlah resipi kebahagiaan yang Aristotle wujudkan. Resipi beliau amat mudah kerana jika mengikut resepi beliau segala yang di fikirkan oleh manusia yang mengikut kehendak diri sendiri akan mencapai kebahagiaan. Hal ini disebabkan manusia melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan keikhlasan diri sendiri dan tiada paksaan. Maka pekerjaan itu dilakukan dengan mudah dan perasaan yang mengembirakan. Pekerjaan yang susah juga akan menjadi senang.

Sesungguhnya, Aristotle amat bijak dalam mengkaji ilmu pengetahuan. Kebanyakkan ilmu falsafahnya mengenai kehidupan seharian manusia. Ilmu falsafah yang Aristotle kemukakan diikuti oleh anak muridnya. Aristotle turut menyampaikan ilmu falsafahnya kepada masyarakat lain tidak seperti ahli falsafah yang lebih terdahulu sepertinya yang hanya mengkaji ilmu falsafah tetapi tidak menyampaikan dan diikuti oleh masyarakat pada masa itu.Aristotle mengajar masyarakat setempatnya pada masa dahulu sama-sama berfikir sepertinya. Oleh itu, beliau akan mengajar anak muridnya yang istemewa pada waktu pagi manakala orang awam beliau akan mengajar pada waktu petang. Kaedah pengajaran beliau banyak berbentuk penyelidikan. Hal ini disebabkan, Aristotle mahu masyarakat setempatnya banyak berfikir dan menghargai kehidupan di dunia ini. Beliau mahu masyarakat mengkaji segala ilmu pengetahuan dengan mendalam dan terperinci. Mengetahui segala ilmu dalam pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan orang lain untuk mengkaji sesuatu bidang ilmu.Falsafah yang dikemukakan oleh Aristotle iaitu kebahagiaan amat disenangi oleh masyarakat. Hal ini disebabkan Aristotle mengemukakan prinsip yang mudah. Aristotle menyeru supaya manusia mengikut kehendak diri sendiri di samping perlu patuh kepada Tuhan. Memang lumrah manusia mempercayai kewujudan Tuhan. Mahu mengabdikan diri kepadanya tetapi perlu seiring dengan kehidupan di dunia. Manusia tidak perlu menumpukan hanya kepada akhirat sahaja.

Bentuk kajian Aristotle sangat jelas. Idea-idea yang dikemukakan oleh Aristotle mengenai kehidupan tradisi dalam perkembangan ilmu pengetahuan amat jelas. Setiap ilmu pengetahuan yang dikaji oleh beliau tidak hanya memandang satu sudut sahaja. Beliau mengambil kira semua aspek dan semua pandangan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa kajian mengenai hakikat tentang kehidupan sukar dihuraikan jika memandang hanya satu aspek. Oleh itu harus memandang kepada aspek lain.Beliau menyatakan bahawa hakikat mengenai kehidupan ini tidak akan ada masyarakat berasa puas hati jika mengkaji hanya satu aspek tanpa memandang aspek lain. Manusia akan terus mencari sesuatu maklumat mengenai kehidupan ini sehingga manusia itu berasa puas hati. Setiap kehidupan yang dilalui oleh manusia adalah berbeza. Oleh itu, manusia akan memberi tafsiran mengenai kehidupan mereka yang berwarna-warni itu. Beliau menasihati anak muridnya yang turut sama mengkaji supaya memerhatikan pendapat-pendapat yang benar dan juga pendapat yang palsu. Kemudian dibezakan pendapat benar dan pendapat yang palsu. Memerhati dengan mata yang tajam perbuatan yang dilakukan oleh manusia seharian. Setiap pemerhatian itu mempunyai kebenaran. Maka keinginan dapat dipenuhi. Oleh itu, jika manusia mempercayai sesuatu perkara dan perkara itu adalah sesuatu yang benar maka itulah tanda perkara yang mungkin benar dan kurangnya kepalsuan di dalam hakikat kebenaran tersebut.

Kesimpulannya, kajian Aristotle amat mengagumkan. Kajiannya benar dan jelas. Aristotle meningal dunia pada musim bunga tahun 322 S.M. Ketika itu beliau berusia 62 tahun dan berada di kemuncak kekuatan kajiannya. Setelah kematian beliau, sahabat dan juga muridnya Theophrastus mengambil alih tugasnya dan Lyceum kekal sebagai pusat pengajian Sains dan falsafah yang berjaya. Tetapi pada abad ketiga S.M sinar Aristotelianisme menjadi pudar. Mazhab-mazhab pemikiran yang lain seperti Stoik, Epicuruiah, Skeptik telah menguasai pentas falsafah dan sains berkembang berasingan daripada falsafah dan menjadi lapangan pakar. Sungguhpun begitu Aristotle tidak pernah dilupakan dan sentiasa dikenang segala usaha beliau dalam ilmu falsafah ini.


SUMBER ARTIKEL
http://www.scribd.com/doc/5389185/aristotle

2 comments:

pemilik.hati on 17 November 2012 at 00:29 said...

terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. kebetulan saya mencari artikel mngenai aristotle dan pandangan beliau ke atas konsep polis. ayat saudara mudah difahami.

Anonymous said...

I've been surfing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It's pretty worth enough for me.

In my view, if all site owners and bloggers made good content as you did,
the net will be a lot more useful than ever before.

Feel free to surf to my website ... este usuario

Post a Comment

 

secangkir pengalaman Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template